“Ibu Bapa Paling Cetek Akal”. Rasa-rasa Trauma Tak Budak Ni Nanti
“Ibu Bapa Paling Cetek Akal”. Rasa-rasa Trauma Tak Budak Ni Nanti
Budak-budak mana yang tak suka sambut birthday kan? Bagi yang berkemampuan, ibu bapa mereka mesti akan buat party khas dan jemput ahli keluarga serta kawan-kawan anak untuk raikan hari istimewa ni.
Tapi lain pulak yang jadi dengan seorang budak ni apabila hari jadinya telah bertukar menjadi nightmare paling buruk yang pernah dia alami.

“The most stvpid parents I ever see… walau dah kena curah dengan telur dia still capai pisau nak potong kek”
Menerusi perkongsian di Twitter, sebuah video yang admin tak sure dirakam di mana telah v1ral menunjukkan seorang kanak-kanak menyambut hari lahir dan bersedia hendak memotong kek.
Saat kanak-kanak tu capai pisau, tiba-tiba ahli keluarganya mencurahkan telur ke kepala dan memvsnahkan keknya. Cebisan kek tersebut pulak telah dilumur ke seluruh muka dan tubuh badan budak tu! Aduhai kesiannya budak tu…
“Keluarga jenis apa yang buat budak-budak macam ni di hari lahirnya?”

Rata-rata netizen memang panas hati dan bengang gila tengok video tersebut sebab budak sekecil macam tu tak layak dikenakan pr4nk-pr4nk merapu macam ni.
Yelah kan, punyalah budak tu excited nak potong kek, tetiba korang pergi curah telur dan rosakkan kek dia. Tak ke trauma budak tu?
“Harap dah besar nanti dia balas dekat mak bapak dia. Sambut birthday ke 60, pecah telur atas kepala bapak dia”
Tambah netizen lagi, tak mustahil perkara macam ni akan affect sikap budak tersebut untuk menjadi agak pendiam atau agresif dan lebih teruk mana tahu kalau dia buat benda yang sama kat anak atau parents dia balik nanti. Haiyoo….
Apa-apapun min harap family budak ni ubahlah cara menyambut hari lahir dengan budak-budak. Tak elok prank macam ni. Kesian budak tu trauma seumur hidup takut sambut birthday.
Sumber: Twitter
