Filem Mael Totey Catat Sejarah Baru Sebanyak 6.4 Jvta. Ini Reaksi Syahmi
Selepas meraih 5 jvta dalam tempoh 12 hari tayangan, filem Mael Totey The Movie (MTTM) sekali lagi mencatat sejarah apabila menerima kutipan sebanyak 6.4 jvta.
Pengumuman itu dibuat menerusi rancangan Gegar Vaganza sebentar tadi yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Difahamkan, jumlah berkenaan diperoleh dalam hanya tempoh 23 hari sejak ia mula ditayangkan 22 Oktober lalu.
Apa yang lebih membanggakan, MTTM turut memecah rekod filem Polis Evo dan Hantv Kak Limah sebagai filem terlaris di Astro First.Sementara itu menerusi satu p0sting di Instagram Syahmi, pengarah muda itu mengucapkan terima kasih atas sokongan ramai yang tidak pernah pvtus.
BOOM!! MAEL TOTEY THE MOVIE BERJAYA MENGUTIP 6.4 JVTA!!
Sekaligus mencatat sejarah filem NO.1 terlaris memecah rekod filem box office Polis Evo & Hantu Kak Limah! Terima kasih atas sokongan anda semua yang tak putus-putus!
Untuk rekod, MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.
Ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, saksikan filem Mael Totey The Movie yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480.
Dengan hanya 15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Sumber : Gempak