Harap Nanti Cari di Padang Mahsyar. Jangan Kacau Orang, Orang Tak Kacau Kau Kan – Niezam Zaidi
” Ada hikmah kenapa perkahwinan ini dibatalkan. Allah nak tunjuk siapa diri kita sebenarnya terhadap pasangan. Terima kasih Allah.”
Itu kata penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah mengenai keputusannya membatalkan perkahwinan bersama pelakon, Niezam Zaidi pada Isnin lalu.
Nonny, 31, atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin berkata, dia dan Niezam sudah lama membuat keputusan itu iaitu selepas mereka mengikuti kursus kahwin pada September lalu.
” Saya anggap apa yang berlaku sudah tiada jodoh. Kalau nak paksa pun, bimbang nanti ia hanya memudaratkan.
” Takkan saya perlu melalui fasa percraian sekali lagi. Jadi, saya reda dengan ketentuan ini.
” Sebenarnya, keputusan ini dibuat sudah lama. Cuma, saya tidak mahu kongsikan.
” Apa boleh dikatakan, mungkin saya belum cukup baik. Jadi, saya perlu perbaiki diri untuk menjadi pasangan yang lebih baik untuk pasangan saya.
” Apa yang penting, buat masa sekarang saya nak gembirakan diri sendiri dan keluarga. Tidak ada istilah serik, cuma apa dirasakan sekarang adalah, solo lagi bagus,” katanya.
Ditanya mengenai reaksi ibunya, Nonny berkata ibunya sentiasa menghormati keputusan yang dibuat.
” Mak saya boleh cakap, santai saja di posisi. Sebab dia pun cakap jangan terlalu mencari kesempurnaan. Dia hanya mahu tengok saya bahagia dan tak lagi saya bersedih. Dia selalu sokong apa saya buat.
” Kalau selepas bercrai dulu saya memang meratap. Tapi, untuk kali ini saya lebih tenang. Malah lebih gembira.
” Bagi saya, Allah sudah atur segalanya. Apa yang penting, kena sabar dengan ketentuan diberikan,” katanya.
Terdahulu, Nonny mengumumkan pembatalan perkahwinan mereka menerusi hantaran di Instagram yang turut mengucapkan hari jadi kepada Niezam.
Ini kata-kata Niezam
Sementara itu, Niezam Zaidi reda kisah cintanya bersama Nonny Nadirah berakhir namun tidak menyangka timbul pelbagai spekulasi sehingga ada yang mendakwa putusnya hubungan ini ada kaitan dengan unsur mistik.
Ujar Niezam atau nama sebenar Mohd Niezam Mohd Zaidi, 28, jika benar wujud unsur berkenaan, berharap individu tersebut menerima balasannya di kemudian hari.
” Kalau betul isu ini… siapa yang buat, siapa yang ganggu Nonny harap nanti cari dia di Padang Mahsyar.
” Jangan kacau orang… orang tak kacau kau kan!
” Nonny seorang insan yang hebat, Alhamdulillah saya dipertemukan dengan dia, ” katanya kepada mStar.
Bercerita lanjut, Niezam berkata dia agak terkejut apabila Nonny bertindak mengumumkan berita perpisahan mereka pada hari ulang tahun kelahirannya 26 Oktober.
” Kami ada borak tentang isu ini, tetapi saya tidak jangka dapat tahu tentang berita sedemikian pada hari jadi saya.
” Pada mulanya kami tidak tahu bagaimana nak beritahu pihak media dan masyarakat, tapi keputusan sudah dibuat dan saya hormat keputusan dia.” akhiri Niezam.

