69 Peratus Rkyat Malaysia Puas Hati Dengan Prestasi Perdna Mnteri Sekarang
Satu kajian dilakukan Merdeka Center menunjukkan 69 peratus rkyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Perdna Mnteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, lapor AWANI.
Menurut kajian melibatkan 3,415 resp0nden itu, sembilan daripada 10 orang Melayu dan Bumiputera dari Sabah dan Sarawak menyatakan rasa puas hati mereka.
Manakala, 65 peratus responden kaum India dan 33 peratus responden dari kaum Cina memberikan respons positif terhadap prestasi Muhyiddin.
Tahap sokongan terhadap Perdna Mnteri meningkat dan kini berada dalam zon selesa selepas beliau memegang jawatan tersebut sejak Mac lalu.
Respons positif turut diterima kerajaan Persekutuan apabila 58 peratus pengundi berpuas hati dengan prestasi Perikatan Nasional (PN) manakala 28 peratus tidak berpuas hati dengan pentadbiran PN.

Dalam pada itu, kajian tersebut menunjukkan jurang pendapatan memainkan peranan penting dalam menentukan tahap puas hati mereka kepada kerjaan.
Kira-kira tiga per empat daripada responden yang pendapatan isi rumah kurang dari RM2,000 seorang memberi respons positif kepada kerjaan.
Manakala hanya 40 peratus daripada mereka yang berpendapatan isi rumah lebih RM7,000 sebulan memberikan respons positif.
Muhyiddin secara rasmi diangkat menjadi Perdna Menteri kelapan pada 1 Mac lepas.
Beliau yang juga Preslden Prti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdna Mnteri itu berlangsung di Balai Singahsana Kecil, Istana Negara.
Istiadat angkat sumpah berkenaan sekali gus menamatkan kemelut politik yang melnda negara bermula 22 Februari lalu.
Sumber : Astro AWANI//Ridauddin Daud
