Pernah Tular Lukis P0tret Abam Bocey, Remaja Men!ngg4l Ak!b4t K4nser Tul4ng

Pernah tular selepas menulis nama pelawak Allahyarham Abam Bocey sehingga membentuk sebuah potret, pelukisnya Abdul Azim Mohd Rozahar meninggal dunia akibat kanser tulang pada Selasa lalu.
Menerusi laporan mStar Online, abang arwah iaitu Izarul Naim berkata adiknya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Segamat selepas menghidap kanser tersebut sejak dua tahun lalu.
Menurut Izarul, adiknya yang berusia 15 tahun itu mengalami sesak nafas sebelum dimasukkan ke hospital malah sering berulang-alik bagi mendapatkan rawatan.
“Adik menderita kanser tulang tahap kritikal. Masa Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP), dia terlantar dua bulan di hospital dan dibenarkan keluar beberapa hari sebelum Aidiladha,” katanya.
Tambah Izarul, Allahyarham yang juga anak kedua daripada tiga beradik itu berhenti melukis sejak PKP disebabkan semakin lemah dan tenat sehingga tidak boleh berjalan.
“Sehari sebelum adik ‘pergi’, dia panggil kami sekeluarga untuk berkata sesuatu. Dia hanya mampu berbisik seorang demi seorang, dan dekat saya dia bisik beritahu ‘Abang… adik minta maaf’. Tak sangka itu kata-kata terakhir dia,” ujarnya.

Ikut ‘pergi’ selepas 6 bulan Abam Bocey meninggal dunia


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : mStar Online (Iwan Shu-Aswad Shuaib)